Monday, November 29, 2010

Doa semasa sujud.

As salam. Telah sekian lama saya sembahyang dengan mengingati semua bacaan dalam sembahyang dari takbir hingga salam. Semasa saya membaca email kiriman salah seorang kawan saya, saya rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan saya semasa membacanya. Apa yang saya ingin berkongsi ialah mengenai apa yang selama ini saya baca tetapi tidak dapat menghayatinya. Bacaan ialah semasa kita duduk antara dua sujud yang berbunyi seperti berikut:

  1. Ya Allah, sayangilah aku,
  2. Tutuplah aibku,
  3. Angkatlah darjatku,
  4. Berilah aku rezeki,
  5. Berilah aku petunjuk,
  6. Sihatkan aku,
  7. Maafkan aku. 
 Setelah saya teleti bacaan itu, rupa-rupanya ianya ialah merupakan doa yang selama ini dibaca sambil lewa sahaja, sedangkan apa yang termaktub dalam doa itulah yang kita inginkan dalam hidup kita di dunia dan lebih-lebih lagi hidup kita yang kekal kelak.

Justeru itu marilah kita bersama-sama menjiwai apa yang kita baca semasa duduk antara dua sujud. Cuba kita fikirkan apakah signifikannya Allah menyusun 7 doa sedemikian rupa...di mana "Sayang" ialah pertama yang dimohon dan diakhiri dengan mohom "Ampun...  
 

1 comment:

  1. Terima kasih atas mkluman di atas dan mulai sekarang kak juga akan cuba mendalami atau sekurang-kurangnya memahami doa yang setaraf sebagai senjata umat Islam.

    ReplyDelete