Monday, November 29, 2010

Doa semasa sujud.

As salam. Telah sekian lama saya sembahyang dengan mengingati semua bacaan dalam sembahyang dari takbir hingga salam. Semasa saya membaca email kiriman salah seorang kawan saya, saya rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan saya semasa membacanya. Apa yang saya ingin berkongsi ialah mengenai apa yang selama ini saya baca tetapi tidak dapat menghayatinya. Bacaan ialah semasa kita duduk antara dua sujud yang berbunyi seperti berikut:

  1. Ya Allah, sayangilah aku,
  2. Tutuplah aibku,
  3. Angkatlah darjatku,
  4. Berilah aku rezeki,
  5. Berilah aku petunjuk,
  6. Sihatkan aku,
  7. Maafkan aku. 
 Setelah saya teleti bacaan itu, rupa-rupanya ianya ialah merupakan doa yang selama ini dibaca sambil lewa sahaja, sedangkan apa yang termaktub dalam doa itulah yang kita inginkan dalam hidup kita di dunia dan lebih-lebih lagi hidup kita yang kekal kelak.

Justeru itu marilah kita bersama-sama menjiwai apa yang kita baca semasa duduk antara dua sujud. Cuba kita fikirkan apakah signifikannya Allah menyusun 7 doa sedemikian rupa...di mana "Sayang" ialah pertama yang dimohon dan diakhiri dengan mohom "Ampun...  
 

Wednesday, November 24, 2010

Pesanan untuk anak-anak.

  1. Dirikanlah sembahyang dengan khusuk dan ikhlas, jangan sekadar nak lepaskan tuntutan agama sahaja kerana sembahyang ialah waktunya kita menemui Allah Pencipta Kita.
  2. Bacalah Al Quran setiap hari kerana sesungguhnya Al Quran adalah kalam dari Allah.
  3. Berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah setelah segala tuntutan dilaksanakan dengan sungguh.
  4. Hormatilah semua manusia dan mahluk ciptaan Allah.

Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Raya Aidil Adha 2010

Aku terpanggil untuk menjawap coretan Bangsaku di mana kami mula berhari raya di "perbatasan".
Bagi aku, ini adalah kali pertama kami berhari raya di luar dari rumah kami di Felda Bukit Senggeh.
Kami sekeluarga bersetuju untuk menyambut hari raya aidil adha di rumah Bangsaku, jadi perancangan telah hebat dibuat.... antaranya ialah emak kata Perkembangan akan sampai rumah Bangsaku pagi, jadi aku pun merancang untuk tiba serenta.

Setelah keluarga aku (isteri, Kak Long dan Adik Amir) tiba dari Kuantan aku pun bergesa-gesa untuk ke Bangi. Setelah siap, aku sekeluarga pun bertolak dan sampai di Bangi pada 2 petang. Aku rasa-rasa emak dah sampai atau pun at least dah nak sampai... Bila sampai Bangi, aku dapati seramai 3 "saudara" Bangsaku telah pun lama tiba. Rupa-rupanya saudaranya itu ialah mereka sedang membaiki  2 buah bilik anaknya.... 
 

Selamat berblog

Ini kali pertama aku berblog..... itu pun lepas tengok siblings lain yang dah lama berblog